fb fb fb fb fb

Korban di Gaza cecah 18,200 orang

Umm Mohammed al-Jabri kehilangan tujuh orang anaknya dalam serangan udara di Rafah, dekat Mesir/FOTO AFP

GAZA, 12 Disember - Angka korban di Gaza kini mencecah 18,200 orang dengan 104 tentera Israel turut terkorban sejak tercetusnya konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu.

Pejuang Hamas memberi amaran bahawa baki 137 tebusan tidak akan 'bertahan' melainkan Israel memenuhi tuntutannya dan membebaskan lebih ramai tahanan Palestin.

Wartawan AFP melaporkan terdapat beberapa letupan menggegarkan beberapa kawasan bandar di tengah Gaza.

Umm Mohammed al-Jabri kehilangan tujuh orang anaknya dalam serangan udara di Rafah, dekat Mesir selepas mereka melarikan diri ke sana dari Gaza.

Jabri berkata tiada tempat yang selamat untuk didiami pada ketika ini meskipun Rafah menjadi tempat yang selamat.

Jumlah kematian terakhir daripada Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas ialah 18,205 orang.

Kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 1.9 juta penduduk di Gaza telah kehilangan tempat tinggal. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN