fb fb fb fb fb

Donald Tusk dilantik Perdana Menteri Poland

Donald Tusk dilantik Perdana Menteri Poland/FOTO REUTERS

WARSAW, 12 Disember - Parlimen Poland menyokong Donald Tusk menjadi perdana menteri menerusi undian di Sejm, pada petang Isnin sekali gus menamatkan pemerintahan nasionalis selama lapan tahun.

Undian dibuat selepas kerajaan sedia ada gagal mendapatkan undi percaya.

Tusk memperoleh 248 undi ahli parlimen yang menyokongnya manakala 201 Ahli Parlimen menentang.

Puluhan bilion euro dana Kesatuan Eropah dibekukan akibat pertikan deng Brussels berhubung standard demokrasi.

Bagaimanapun Tusk yang juga bekas presiden Majlis Eropah telah berikrar untuk memperbaiki hubungan dan menyekat aliran wang tunai.

Poland mengadakan pilihan raya Parlimen pada 15 Okt, di mana parti pemerintah Parti Undang-undang dan Keadilan (PiS) memenangi kebanyakan undi, tetapi gagal mencapai majoriti dalam Sejm.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Mateusz Morawiecki dari parti PiS tewas dalam undi percaya.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri baharu kemungkinan berlangsung pada Rabu. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN