fb fb fb fb fb

Konflik Sudan: 45 warga Jepun berjaya dipindahkan, kedutaan ditutup

(Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida ketika mengumumkan
pemindahan warganya dari Sudan / REUTERS)

TOKYO, 25 April- Jepun telah memindahkan 45 warganegara dan pasangan mereka dari Sudan, serta menutup sementara kedutaannya.

Perdana Menteri Fumio Kishida mengesahkan perkara itu pada Selasa.

"Seramai 45 orang berlepas dari Sudan timur ke Djibouti dengan pesawat pengangkut C2 yang dihantar oleh tentera Jepun," Kishida memberitahu pemberita.

Beliau berkata empat lagi warga Jepun juga telah dapat berpindah dari Sudan ke Djibouti dan Ethiopia dengan bantuan daripada Perancis serta organisasi antarabangsa.

Beberapa jam kemudian, Menteri Luar Jepun berkata dalam satu kenyataan bahawa kedutaan kini ditutup buat sementara waktu selepas kakitangan dipindahkan.

Jepun berkata ia mempunyai kira-kira 60 rakyat di Sudan.

Kementerian luar negeri akan menubuhkan pejabat perhubungan di Djibouti untuk terus membantu baki warga Jepun di Sudan berpindah, katanya.- AFP


(Pasukan Tentera Udara Jepun dalam misi memindahkan warganya dari
Sudan berlepas menggunakan pesawat pengangkut C2 / REUTERS)

Media Baharu