BRUSSELS, 17 Februari - Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace berpandangan bahawa Moscow tidak mendedahkan situasi sebenar mengenai penarikan balik tentera dari sempadan Ukraine.
Sehubungan itu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menilai Rusia berdasarkan tindakan mereka memandangkan pengerahan tentera ke sempadan masih berlaku.
"Saya rasa banyak penipuan. Kita melihat kenyataan yang berlawanan.
"Kita lihat penambahan tentera dalam tempoh 48 jam lebih 7,000 anggota.
"Kita lihat jambatan dibina dari Belarus memasuki Ukraine. Kita akan menilai Rusia berdasarkan tindakan mereka. Pada saat ini kerahan tentera diteruskan," katanya.
Wallace berkata demikian pada hari kedua mesyuarat Menteri Pertahanan NATO yang berlangsung di Brussels sebagai usaha menangani krisis di Ukraine.