CHERNIHIV, 18 Februari - Situasi di sempadan antara Rusia dan Ukraine berada dalam keadaan terkawal dan tenang.
Bagaimanapun Ukraine telah meningkatkan anggota pengawal sempadan susulan krisis yang semakin memuncak.
Berdasarkan maklumat tentera Ukraine, kira-kira 140,000 tentera Rusia termasuk pro-pemisah berada di sempadan.
Malah terdapat 9,000 tentera Rusia kini berada di Belarus yang telah mengadakan latihan ketenteraan berskala besar.
Menteri Luar Belarus, Vladimir Makei pada Rabu telah menyatakan tiada anggota mahupun aset Rusia yang akan terus berada di negaranya.
Latihan ketenteraan melibatkan Rusia - Belarus telah membangkitkan kebimbangan barat yang khuatir akan pencerobohan terhadap Ukraine benar-benar berlaku.