fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Iran: 160 warga Perancis selamat tiba di Paris

Foto REUTERS

PARIS, 23 Jun– Seramai 160 warga Perancis selamat tiba di Lapangan Terbang Orly, Paris semalam menerusi penerbangan pemindahan khas selepas meninggalkan Israel melalui Jordan, susulan konflik Israel-Iran.

Penumpang yang ditemui meluahkan rasa lega kerana berjaya pulang ke tanah air.

Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot, turut hadir di balai ketibaan bagi menyambut kepulangan mereka.

Menurut kenyataan Kerajaan Perancis, beberapa lagi penerbangan dijangka tiba hari ini dan esok bagi membawa pulang rakyat yang masih berada di kawasan terjejas.- REUTERS

BERITA BERKAITAN

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM