fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Hamas: Lebih 44,000 penduduk Palestin terkorban

Foto AFP

GAZA, 12 Disember- Sekurang-kurangnya 44,835 orang penduduk Palestin terkorban dalam konflik berterusan antara Palestin dan Israel.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata sejumlah 106,356 warga Palestin cedera sejak konflik tercetus pada Oktober tahun lalu.

Menurut kementerian itu, sebanyak 30 rakyat Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam dua serangan udara Israel yang menyasarkan kumpulan rakyat Palestin yang ditugaskan mengawal trak yang membawa bantuan ke Gaza.

Pertumpahan darah itu berlaku hanya beberapa jam selepas Perhimpunan Agung PBB menggesa gencatan senjata segera di wilayah yang musnah itu.- AFP

ROSLINA BINTI DIN