SUDANG, 18 April- Penduduk di Khartoum berdepan masalah air dan elektrik apabila seluruh ibu negara itu bertukar menjadi medan perang sejak Sabtu lalu.
Pertempuran yang tercetus antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) menyebabkan bekalan air berkurangan selain menjejaskan elektrik.
Penduduk tempatan telah membuat persiapan dan menyediakan makanan yang banyak menjelang akhir Ramadan.
Namun ia terjejas ekoran kekurangan bekalan air dan penduduk kini diancam panik akibat pertempuran.
(Seorang penduduk tempatan memeriksa sebuah mesin yang tidak berfungsi
akibat gangguan bekalan elektrik / Foto REUTERS)
"Situasi di sini amat sukar, pertempuran masih lagi berterusan.
Jiran kami di Korba menghadapi kekurangan bekalan air termasuk di Mirghani, mereka juga berhadapan masalah elektrik dan isu keselamatan," ujar Moamen Al-Makki, petugas media di China Global Television Network (CGTN).
"Malangnya, ibu kota Khartoum dalam 'keruntuhan' sejak Sabtu.
Tiada air dalam paip dan tangki di sini. Air yang disimpan sebelum ini hampir habis," kata Zeinab Mirghani, seorang penduduk tempatan.-REUTERS