fb fb fb fb fb

Komander pejuang jihad Islam terkorban di Nur Shams

Komander kumpulan pejuang jihad Islam, Abu Shujaa/Foto media sosial

GAZA, 29 Ogos - Komander kumpulan pejuang jihad Islam, Abu Shujaa antara yang terbunuh dalam serangan rejim zionis di kem pelarian Nur Shams di Tulkarem.

Jurucakap kumpulan mengesahkan pemimpin berusia 26 tahun itu terkorban bersama beberapa lagi anggota briged.

Selain Tulkarem, tentera zionis turut menyerang bandar Jenin di tebing barat dengan alasan untuk memburu saki baki kumpulan pejuang.

Operasi di kedua-dua kawasan itu dilaporkan meragut nyawa 10 rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Jurucakap negara haram Israel, David Mancer mendakwa, serangan tentera di Jenin dan Tulkarem membunuh 5 anggota kumpulan pejuang.

Ini adalah operasi terbesar dilancarkan rejim zionis di Tebing Barat dalam tempoh beberapa bulan.

Tentera negara haram turut menghalang laluan jalan di kedua-dua bandar berkenaan.

Ia sekali gus menyukarkan ambulans untuk memindahkan mangsa yang cedera. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN