fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh, kemalangan babitkan karavan sarat bawa pendatang di Mexico

FOTO HIASAN

MEXICO CITY, 30 Ogos- Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas sebuah kereta bertembung dengan karavan yang membawa sekumpulan migran yang menuju ke Amerika Syarikat di lebuh raya di selatan Mexico pada hari Khamis.

17 lagi cedera dalam kemalangan yang terjadi di di negeri Oaxaca, menurut kenyataan Institut Migrasi Nasional.

Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dari Nicaragua serta seorang wanita dari Ecuador terbunuh, kata kenyataan tersebut.

Media tempatan melaporkan bahawa pemandu kenderaan tersebut telah hilang kawalan.

Ribuan migran yang melarikan diri daripada keganasan dan kemiskinan menyeberangi Mexico setiap tahun menuju ke sempadan Amerika Syarikat.

Walaupun ada yang membayar penyeludup untuk mengangkut mereka dengan trak, ada juga yang menyertai kumpulan karavan yang menempuh perjalanan jauh dengan berjalan kaki, menahan kelaparan, keletihan, dan tidak selamat.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE