fb fb fb fb fb

Kishida sedia rombak kabinet pada 13 September - NHK

TOKYO, 8 September- Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida memberitahu pegawainya bahawa beliau akan merombak kabinetnya pada 13 September, kata penyiar awam NHK pada Jumaat.

Kishida menyaksikan penilaian kelulusannya menjunam selepas beberapa siri kesilapan kerajaan dalam melaksanakan dasar berkaitan menyepadukan data cukai dan keselamatan sosial rakyat ke dalam satu kad pengenalan.

Perkara itu menjadi lebih buruk apabila bekas anggota Parti Liberal Demokratik memerintah Masatoshi Akimoto ditangkap pada Khamis kerana disyaki menerima rasuah.

"Saya sangat kecewa kerana seorang penggubal undang-undang telah ditangkap. Saya percaya sebagai penggubal undang-undang kita mesti menumpukan pada tugas dengan rasa kewaspadaan," kata Kishida pada Khamis di Indonesia.

Bagaimanapun menurut akhbar Asahi, Akimoto menafikan tuduhan itu semasa temu bual sukarela dengan penyiasat.

Dalam tinjauan pendapat oleh akhbar Yomiuri pada akhir Ogos, 35% responden meluluskan kepimpinan Kishida, manakala 50% menentangnya. Manakala 56% orang berpendapat Kishida perlu memperbaharui kabinetnya.- REUTERS

(Fumio Kishida/REUTERS)

Media Baharu