fb fb fb fb fb

Kim Jong Un umum dasar perkukuh senjata nuklear dan konvensional

FOTO REUTERS

PYONGYANG, 13 September - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengumumkan negara itu akan memperkenalkan dasar baharu untuk memperkukuh kuasa ketenteraan nuklear dan konvensional secara serentak dalam mesyuarat penting parti pemerintah akan datang, lapor agensi berita KCNA pada Sabtu.

Ketika melakukan lawatan ke pusat penyelidikan senjata pada Khamis dan Jumaat lalu, Kim menegaskan Kongres ke-9 Parti Pekerja Korea akan mengetengahkan dasar membangunkan kekuatan nuklear dan angkatan bersenjata konvensional secara seimbang bagi memperkukuh pertahanan negara.

Pada Jumaat, Kim turut menyaksikan latihan menembak unit penembak tepat Korea Utara, menurut KCNA.

Siri aktiviti domestik itu menyusul selepas lawatan Kim ke Beijing awal bulan ini, yang merupakan penyertaannya dalam acara multilateral antarabangsa terbesar setakat ini, termasuk pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, sekali gus meningkatkan profil antarabangsa beliau.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE