fb fb fb fb fb

72 pasukan bomba antarabangsa berentap di World Rescue Championships Croatia

FOTO REUTERS

ZAGREB, 13 September - Pasukan bomba dan penyelamat dari 25 negara berkumpul di Croatia pada Khamis bagi berkongsi kemahiran serta bersaing dalam World Rescue Championships.

Pertandingan antarabangsa itu menghimpunkan 72 pasukan yang bertanding dalam dua disiplin utama iaitu extrication dan trauma.

Dalam kategori "extrication", peserta dinilai berdasarkan kepantasan menyelamatkan mangsa daripada kenderaan yang remuk, manakala disiplin trauma pula menguji kebolehan pasukan menangani situasi kecemasan perubatan dengan kecederaan tiruan serta mangsa yang menjerit kesakitan.

Tahun ini, pasukan dari sejauh Florida, Amerika Syarikat dan Portugal turut menyertai kejohanan tersebut.

“Ia pengalaman yang tidak ternilai, apa yang kami pelajari di sini melalui pertandingan,” kata anggota bomba Tallahassee, Jake Roberts.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE