fb fb fb fb fb

Nasdaq catat rekod penutupan tertinggi, pasaran tunggu keputusan Fed

FOTO REUTERS

NEW YORK, 13 September - Indeks Nasdaq menutup dagangan pada paras tertinggi baharu pada Jumaat dalam sesi bercampur-campur, dipacu oleh kenaikan saham Microsoft menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) minggu depan, yang dijangka memotong kadar faedah bagi menampan kelembapan pasaran pekerjaan.

Indeks S&P 500 susut 3.18 mata atau 0.05 peratus kepada 6,584.29 mata, manakala Nasdaq Composite naik 98.03 mata atau 0.44 peratus kepada 22,141.10 mata. Dow Jones Industrial Average pula jatuh 273.78 mata atau 0.59 peratus kepada 45,834.22 mata.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Grenadilla Advisory, Anna Rathbun berkata, pasaran minggu ini disokong oleh faktor euforia, termasuk penyenaraian IPO syarikat fintech terkenal Klarna serta berita mengenai Oracle dan OpenAI yang meningkatkan permintaan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kesemua perkembangan ini membangkitkan semula keterujaan dalam sektor teknologi. Pasaran lain pula seakan menunggu dan lebih sensitif terhadap keputusan Fed mengenai kadar faedah untuk baki tahun ini,” katanya.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE