fb fb fb fb fb

Kilang hasilkan bahan peluru meletup, lapan cedera seorang cedera parah

BERGERAC, 5 Ogos - Sekurang-kurangnya lapan individu cedera dengan salah seorangnya parah apabila sebuah kilang meletup pada Rabu lalu.

Kilang Manuco tersebut merupakan pengeluar Nitrocellulose, bahan mudah terbakar yang digunakan untuk menghasilkan peluru.

Insiden tersebut belaku di sebuah bangunan kilang yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi di Bergerac, wilayah barat daya Dordogne.

Menurut pemilik kilang Eurenco, letupan terjadi semasa operasi penyelenggaraan di kilang berkenaan.


(Jentera bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian
di sebuah bangunan di kilang Manuco yang meletup terbakar pada 3 Ogos lalu/FOTO AFP)

Namun punca letupan belum diketahui.

Kira-kira 40 pekerja dilaporkan berada di kilang pada masa kejadian.

Eurenco merupakan pengeluar bahan letupan terkemuka Eropah untuk tentera.

Pihak berkuasa melaporkan kebakaran di bangunan tersebut berjaya dipadam dalam masa singkat..

Lima ambulans, dua helikopter dan sekitar 50 anggota bomba dihantar ke lokasi. - AFP

Media Baharu