KOREA SELATAN, 24 Jun-Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas berlaku kebakaran di sebuah kilang bateri litium di Korea Selatan, pagi tadi.
Menurut Agensi Bomba Kebangsaan, insiden turut menyebabkan 21 orang pekerja hilang dan dipercayai terperangkap di kilang berkenaan.
"Mangsa maut melibatkan seorang lelaki warga emas.
"Kejadian berlaku selepas satu sel bateri meletup di unit penyimpanan yang menempatkan kira-kira 35,000 bateri sedemikian" menurut kenyataan itu.
Bangunan itu adalah milik pengilang bateri utama Korea Selatan, Aricell yang terletak di Hwaseong, pinggir selatan bandar raya Seoul.- REUTERS