fb fb fb fb fb

RSF umum gencatan senjata tiga bulan secara sepihak

Foto AFP

PORT SUDAN, 25 November - Pasukan Separa Tentera Sudan, Rapid Support Forces (RSF) mengumumkan gencatan senjata tiga bulan secara sepihak, sehari selepas tentera rasmi, yang menjadi pihak lawan mereka menolak cadangan gencatan senjata antarabangsa.

Menurut komander RSF, Mohamed Hamdan Daglo dalam ucapan video, perkara itu dibuat sebagai tindak balas terhadap usaha antarabangsa.

“Sebagai tindak balas terhadap usaha antarabangsa, termasuk inisiatif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pengantara Quad, kami mengumumkan gencatan kemanusiaan yang menyediakan penghentian permusuhan selama tiga bulan,” katanya.- AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN