fb fb fb fb fb

Tamatkan perang Ukraine, draf baharu dibincangkan bersama AS

Foto REUTERS

KYIV, 25 November - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, pada Isnin memaklumkan, rancangan damai yang dibincangkan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Eropah telah memasukkan perkara yang sewajarnya, namun isu sensitif akan dibincangkan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dalam ucapan video, Zelenskiy berkata, selepas rundingan di Geneva, jumlah cadangan dalam rangka kerja itu telah dikurangkan.

“Ketika ini, selepas rundingan di Geneva, jumlahnya tidak lagi 28 perkara dan banyak elemen yang tepat telah dimasukkan dalam rangka tersebut.

"Pasukan kami telah membentangkan draf baharu langkah-langkah yang dicadangkan dan ini adalah pendekatan yang betul,” katanya.

Tambahnya, isu-isu sensitif, perkara yang perlu diperhalusi akan bincangkan dengan Presiden Trump.-REUTERS

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN