fb fb fb fb fb

Khemah adalah rumah, kediaman jadi unggun api

Penduduk Palestin duduk di tepi khemah di Rafah/REUTERS

RAFAH, 2 Januari- Kediaman penduduk Gaza musnah disebabkan serangan bom oleh tentera Israel dan menyebabkan penduduk Gaza berpindah termasuk keluarga Maarouf, yang kini tinggal di khemah di Rafah.

Ia selepas keluarganya melarikan diri dari kediaman mereka di Gaza berikutan serangan yang dilakukan oleh Israel hampir tiga bulan lalu.

Kediaman kami kini menjadi unggun api. Kayu diambil daripada bangunan yang musnah.

Pesakit yang terlantar dan miskin diberikan cebisan makanan.

"Tiada keselamatan. Kami takut, anak-anak juga ketakutan kerana berada di kawasan terbuka. Saya juga berdoa supaya kami dibantu," kata Shadi Maarouf.

Hampir kesemua 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal, diusir berikutan serangan bom yang menghancurkan kediaman.

Lebih 22,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan itu, kata pihak berkuasa kesihatan di Gaza.

Semua penduduk tinggal bersesak-sesak di tempat perlindungan di sekolah-sekolah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) atau di kem sementara di sekitar jalan Rafah.

Menjelang malam semuanya kegelapan, bekalan elektrik telah terputus sejak diserang rejim zionis. Mereka hanya bergantung kepada tenaga solar.

Shadi Maarouf, isterinya Safeya dan enam anak mereka berkumpul untuk melawan kedinginan malam. "Kehidupan di Rafah ini amat sukar," kata Maarouf.

"Kami tidur dalam ketakutan," kata Safeya Maarouf.

"Apa yang boleh kita lakukan? Tiada tempat untuk berteduh. Kehidupan dan keadaannya sukar, untuk semua orang. Semua menderita, mereka dalam kesakitan. Tiada bilik air, tiada air, tiada kehangatan, tiada keselamatan. Kami tidur dalam ketakutan," katanya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI