fb fb fb fb fb

Angka kematian Gaza melepasi 22,000

Kempenempatan penduduk Palestin di Rafah/REUTERS

KAHERAH, 2 Januari- Tentera Israel menyerang Khan Younis di selatan Gaza dengan tembakan kereta kebal dan serangan udara pada Selasa, kata penduduk.

Tentera darat Israel turut bertempur di bahagian lain di kawasan enklaf Palestin.

Berpuluh-puluh penduduk di utara Gaza maut berikutan serangan oleh rejim zionis. Penduduk berkata kereta kebal Israel membedil bahagian kem penempatan Al-Bureij di kawasan tengah.

Kementerian kesihatan Gaza berkata, 207 individu terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kematian di Palestin yang direkodkan lebih daripada 22,000 kematian dalam hampir tiga bulan peperangan itu.

Pertempuran terbaru berlaku selepas Israel mengumumkan rancangan untuk menarik balik beberapa tentera.

Pengeboman Israel menyebabkan sebahagian besar wilayah itu musnah dan menjejaskan 2.3 juta penduduknya di Palestin.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI