NEW YORK, 11 Mei- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara India dan Pakistan, lapor Xinhua.
"Setiausaha Agung menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara India dan Pakistan sebagai langkah positif ke arah menamatkan permusuhan semasa dan meredakan ketegangan," kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
"Beliau berharap perjanjian itu akan menyumbang kepada keamanan yang berkekalan dan mewujudkan suasana yang kondusif bagi menangani isu-isu utama yang telah lama berlarutan antara kedua-dua negara," tambah Dujarric.
Jurucakap itu turut menyatakan bahawa PBB bersedia menyokong sebarang usaha yang bertujuan mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.
India dan Pakistan pada Sabtu mengumumkan perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa serta-merta selepas beberapa hari melancarkan serangan ketenteraan antara satu sama lain.- BERNAMA-XINHUA