fb fb fb fb fb

Pusat cegah ekstremisme Arab Saudi, Telegram padam 16 juta kandungan dalam 3 bulan

Logo Telegram / REUTERS

RIYADH, 11 Mei - Pusat Global Arab Saudi bagi Memerangi Ideologi Ekstremis (Etidal), dengan kerjasama platform Telegram memadam sebanyak 16,062,667 bahan berunsur ekstremisme sepanjang suku pertama 2025, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Selain itu, sebanyak 1,408 saluran yang digunakan kumpulan ekstremis turut ditutup, sebagai sebahagian usaha bersama memerangi propaganda ekstremis.

Kerjasama antara Etidal dan Telegram sejak Februari 2022 berjaya memadam 176,758,457 kandungan ekstremis dan menutup 16,201 saluran sehinga akhir Mac 2025.

Kerjasama berterusan ini mencerminkan komitmen teguh dalam meneruskan usaha mengekang retorik ekstremis dan mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat, lapor SPA.- BERNAMA-SPA

MOHAMAD KHAIRIE KHALID