GAZA, 31 Ogos - Kumpulan Hamas mengesahkan pemimpin mereka, Mohammed Sinwar telah terbunuh sejak Mei lepas dalam serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis.
Hamas turut mengeluarkan gambar jasad Mohammed Sinwar bersama beberapa tentera Hamas yang terbunuh dalam serangan tersebut.
Mohammed Sinwar merupakan adik kepada Yahya Sinwar yang dituduh Israel mendalangi serangan pada 7 Oktober 2023 sehingga mencetuskan perang berterusan di Gaza.
Beliau juga merupakan individu paling dikhendaki Israel selepas dilaporkan mengetuai majlis tentera Briged Al-Qassam rentetan kematian komander Mohammed Deif.
Sehingga kini, serangan Israel di Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 63,371 rakyat Palestin yang kebanyakkannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak- AFP