fb fb fb fb fb

Kesatuan sekerja Verdi lancar mogok, lebih 300 penerbangan dibatalkan

JERMAN, 27 Februari - Lebih 300 penerbangan di lapangan terbang Duesseldorf dan Cologne Bonn Jerman dibatalkan akibat mogok 24 jam daripada kesatuan sekerja Verdi, kata lapangan terbang itu.

Setakat malam Ahad sebanyak 131 daripada 136 penerbangan yang dijadualkan ke lapangan terbang Cologne Bonn dibatalkan.

Lapangan terbang Duesseldorf berkata 205 penerbangan daripada 330 yang dirancang telah dibatalkan manakala 29 telah dilencongkan ke lapangan terbang lain dan tujuh dijadualkan semula untuk hari berikutnya.

"Jika majikan terus enggan mengemukakan cadangan, reaksi pekerja akan jelas: kami akan bertindak balas dengan mogok," kata setiausaha kesatuan sekerja Verdi, Ozam Tarim.

(FOTO REUTERS)

Verdi mengumumkan mogok pada Jumaat selepas usaha tawar-menawar kolektif untuk pekerja perkhidmatan awam dan pekerja keselamatan penerbangan gagal mencapai kata persetujuan.

Tindakan kesatuan itu menyebabkan penerbangan terhenti sehari di tujuh lapangan terbang utama, termasuk hab Frankfurt dan Munich, yang menjejaskan hampir 300,000 penumpang.

Media Baharu