fb fb fb fb fb

Varian Omicron semakin meningkat di Hong Kong, katil hospital tidak mencukupi

HONG KONG, 18 Februari - Perkhidmatan kesihatan di hab kewangan dunia itu kini bergelut di bawah ancaman kes varian Omicron yang dipercayai mengakibatkan peningkatan kes setiap hari.

Berpuluh-puluh orang berselimut di luar sebuah hospital berhampiran kawasan termiskin di Hong Kong yang sedang menunggu rawatan.

Chau Cin Chau, ibu kepada dua orang anak berkata, beliau disahkan positif tetapi diminta pulang kerana katil tidak mencukupi



"Saya tidak tahu yang kami perlu menunggu di luar kerana saya fikir kami akan menunggu di Unit Kecemasan dan Kemalangan.

"Wad tidak mencukupi dan tiada pilihan selain pulang ke rumah.

"Malah kakitangan perubatan dalam ambulans pun berkata, walaupun kami tidak dijangkiti, kami boleh dijangkiti jika datang ke hospital ini," katanya.

Media Baharu