fb fb fb fb fb

Kanak-kanak LAOS bakal menerima vaksin Mac ini

LAOS, 18 Februari - Kerajaan Laos akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun bermula Mac ini.

Ia sebagai usaha menjamin keselamatan pelajar selaras dengan pembukaan semula sesi persekolahan.

Timbalan Pengurus Program Imunisasi Kebangsaan, Chansai Pathammavong berkata, seramai 957,000 kanak-kanak di negara berkenaan akan menerima vaksin.

Menurutnya, pemberian vaksin akan bermula di Vientiane.

FOTO UNICEF LAOS


Vaksinasi terhadap kanak-kanak hanya diberikan sekiranya mendapat kebenaran ibu bapa dan penjaga.

Kementerian akan merangka pelan vaksinasi manakala Kementerian Pendidikan dan Sukan pula mempromosikan mengenai kepentingan vaksinasi kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan dan pegawai kesihatan mengkaji kemajuan dalam pemberian vaksin dalam kalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun dan memastikan suntikan diberikan kepada mereka yang masih belum menerimanya

Media Baharu