WELLINGTON, 18 Februari - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kecewa dengan sikap penunjuk perasaan yang telah berlarutan selama sepuluh hari sejak semalam.
Menurut Jacinda, tindakan penunjuk perasaan disifatkan sebagai tidak matang dan mementingkan diri sendiri.
"Protes tidak menyalahi undang-undang di New Zealand.
"Namun, membina kem di halaman parlimen, menghalang pelajar untuk pergi ke sekolah serta mengganggu orang lain yang memakai topeng adalah perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya.
Protes yang bermula dengan menentang pengambilan vaksin secara mandatori, merebak kepada gesaan menamatkan sekatan COVID-19 termasuk isu sosial lain.
New Zealand mengenakan sekatan sejak 3 Oktober tahun lalu susulan peningkatan kes akibat varian Omicron.
Lebih 25,000 kes dicatatkan setakat ini di negara hemisfera selatan itu.