fb fb fb fb fb

Kes COVID-19 di India kembali melonjak

FOTO - AP

NEW DELHI, 14 Januari - India kembali mencatatkan 200,000 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam sejak lebih 8 bulan lalu.

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan negara itu, sebanyak 247,417 kes baharu COVID-19 dengan 380 kematian dicatatkan dalam tempoh itu selepas merekodkan peningkatan mendadak kes sejak 16 hari lepas.

Lapor agensi berita Xinhua, ia sekali gus menjadikan kumulatif kes COVID-19 dan kematian di India setakat ini sebanyak 36,317,927 kes dengan 485,35 kematian.

Selain itu, terdapat 1,117,531 kes aktif COVID-19 di India dengan peningkatan sebanyak 162,212 kes aktif sejak 24 jam lepas. 

Sementara itu jumlah kes membabitkan varian Omicron telah mencecah 5,488 kes dengan 2,162 pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah. -AP

Media Baharu