SEOUL, 29 Oktober - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menyifatkan kerjasama ketenteraan yang semakin meningkat antara Moscow dan Pyongyang menimbulkan ancaman keselamatan global yang besar.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Amerika Syarikat menuduh Korea Utara menghantar 10,000 anggota tenteranya untuk berlatih di Rusia.
“Kerjasama ketenteraan haram antara Rusia dan Korea Utara ini merupakan ancaman keselamatan yang ketara kepada masyarakat antarabangsa, dan ia boleh menimbulkan risiko serius kepada keselamatan negara kita,” kata Yoon.-AFP