fb fb fb fb fb

Tidak seperti diiklankan, Subway kena saman sandwic kurang daging

FOTO REUTERS

NEW YORK, 29 Oktober- Satu tuntutan mahkamah difailkan pada Isnin mendakwa rangkaian restoran Subway "amat mengelirukan" pelanggan dengan mengiklankan sandwic yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga kali lebih banyak daging berbanding apa yang sebenarnya dihidangkan.

Dalam tuntutan yang difailkan di mahkamah persekutuan Brooklyn, iklan Subway untuk sandwic Steak & Cheese menunjukkan lapisan daging yang tebal hingga setinggi roti, sedangkan dalam realiti, sandwic Subway lebih banyak roti berbanding isi.

Aduan tersebut menyatakan bahawa ia menjadi isu besar memandangkan kadar inflasi dan harga makanan yang tinggi, terutama kerana ramai pengguna berpendapatan rendah sedang menghadapi tekanan kewangan.

Tuntutan tersebut menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan bagi penduduk New York yang membeli sandwic dalam tiga tahun terakhir atas dakwaan pelanggaran undang-undang perlindungan pengguna negeri oleh Subway.

Tuntutan serupa turut difailkan terhadap McDonald's, Wendy's, dan Taco Bell di mahkamah sama telah dibatalkan tahun lepas. Tuntutan terhadap Burger King pula sedang menunggu perbicaraan di Miami.

Sebelum ini, Subway juga pernah mempertahankan tuntutan selama lebih empat tahun mengenai saiz "footlong" sandwicnya yang didakwa terlalu pendek.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE