MEXICO CITY, 29 September- Amerika Syarikat (AS) dan Mexico melancarkan satu inisiatif baharu dalam mengekang aktiviti penyeludupan senjata api merentasi sempadan kedua-dua negara.
Perkara itu diumumkan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pada Sabtu.
Justeru, satu Kumpulan Pelaksanaan Keselamatan AS-Mexico telah ditubuhkan awal bulan ini semasa lawatan Setiausaha Marco Rubio ke Mexico, bagi memperkukuh tindakan bersama menentang kegiatan pengedaran dadah dan penyeludupan senjata.
Selain itu, Mexico turut akan memperluas penggunaan alat pengesanan AS seperti eTrace dan teknologi pengimejan balistik ke semua 32 negeri, selain kedua-dua negara meningkatkan siasatan bersama, pendakwaan serta perkongsian risikan.
Inisiatif itu juga menyeru kepada siasatan bersama yang lebih mendalam, pertambahan pendakwaan serta peningkatan pemeriksaan oleh pihak berkuasa AS.
Usaha tersebut disasar untuk mengurangkan rekod penyeludupan senjata ke selatan, yang menjadi pemangkin utama keganasan kartel di Mexico. -REUTERS