fb fb fb fb fb

Kerajaan Thailand rancang buka semula sempadan Thailand-Malaysia bulan depan

FOTO AFP

BANGKOK, 14 Februari - Kerajaan Thailand merancang membuka semula sempadan Thailand-Malaysia bulan depan bagi menggalakkan sektor pelancongan dan ekonomi di negara itu.

Pelancong Malaysia merupakan kumpulan pengunjung terbesar ke Thailand sebelum wabak COVID-19.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) serta pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan diarah untuk menyediakan dan menggariskan langkah mitigasi pandemik bagi pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla,Yala,Narathiwat dan Satun.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natanu Nopakun berkata, pelancong dari Malaysia akan dibenarkan masuk di bawah program 'Test & Go' tanpa kuarantin ketika ketibaan.

Bagaimanapun, pelawat masih perlu lulus dua ujian RT-PCR selepas tiba di Thailand iaitu pada hari pertama dan hari kelima.

Di bawah program 'Test & Go', pengembara perlu memohon Pas Thailand sebelum memasuki negara itu di mana mereka perlu membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$50,000 dan keputusan ujian RT-PCR COVID-19, 72 jam sebelum perjalanan.

Thailand telah membuka pintu kepada pelawat yang divaksin sepenuhnya dari 63 negara dan wilayah melalui program ‘Test & Go’ berkuat kuasa November lalu.

 

Media Baharu