fb fb fb fb fb

Kerajaan Sepanyol cadang haramkan minuman bergula di sekolah

Foto AFP

MADRID, 20 Disember-Kerajaan berhaluan kiri Sepanyol pada Khamis menyatakan hasrat untuk memastikan kantin sekolah negara tersebut hanya menyediakan air sebagai minuman dan melarang minuman bergula sebagai sebahagian daripada langkah baharu menangani obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Kementerian Pengguna Sepanyol menerusi hantaran di X memaklumkan sedang menyediakan undang-undang yang mencadangkan "pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran segar secara harian serta hanya menyediakan air sebagai minuman semasa waktu makan.

Menerusi laporan kesihatan negara tersebut , bilangan kanak-kanakyang mempunyai lebihan berat badan berumur enam hingga sembilan tahun di Sepanyol semakin berkurangan tetapi masih tinggi dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, iaitu cabaran yang turut dihadapi oleh banyak negara maju.

Kanak-kanak dari golongan ini cenderung mengambil lebih banyak minuman bergula dan kurang memakan buah-buahan serta sayur-sayuran segar.

Sekitar separuh daripada kanak-kanak tersebut biasanya bersarapan dan makan tengah hari utama di sekolah, menurut laporan tersebut.

"Dalam sebuah demokrasi maju dan ekonomi seperti Sepanyol, diet dan kesihatan kanak-kanak tidak seharusnya bergantung kepada tempat mereka dilahirkan," kata Menteri Hak Pengguna, Pablo Bustinduy.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD