fb fb fb fb fb

Kerajaan Jepun umum lepaskan 210,000 tan simpanan beras

FOTO HIASAN

TOKYO, 14 Februari- Kerajaan Jepun merancang untuk melepaskan 210,000 tan simpanan berasnya ke pasaran kerana harga yang melambung tinggi terus membebankan belanjawan isi rumah, lapor Xinhua.

Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun Taku Eto secara rasmi mengumumkan keputusan itu pada sidang media selepas mesyuarat kabinet pada Jumaat.

Beras dalam simpanan akan dijual melalui proses bidaan dengan pelepasan awal 150,000 tan dijadualkan bermula pada pertengahan Mac. Kuantiti untuk pusingan seterusnya akan ditentukan berdasarkan penilaian keadaan pengedaran beras, menurut menteri itu.

Untuk mengurangkan impak harga jangka panjang, kerajaan merancang untuk membeli semula jumlah yang sama daripada pembeli dalam tempoh setahun.

Kementerian berhati-hati mengenai pelepasan beras simpanan, menjangkakan pasaran akan stabil sebaik sahaja hasil baharu tersedia secara meluas. Bagaimanapun, memandangkan harga beras yang melambung tinggi terus membebankan belanjawan isi rumah, kerajaan mengubah pendiriannya, mengutamakan kestabilan harga dan bantuan pengguna.

Purata harga beras yang dijual di pasar raya di Jepun kekal antara 2,000 yen (kira-kira US$13) hingga 2,200 yen setiap lima kilogram sehingga sekitar Jun tahun lepas. Bagaimanapun, harga kemudian mula meningkat secara berterusan. Di 23 wad atau daerah di Tokyo, harga runcit mencapai julat 4,000 yen setiap pek lima kilogram.- BERNAMA-XINHUA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE