fb fb fb fb fb

Kerajaan Indonesia didesak bebaskan pemprotes yang ditahan

Kerajaan Indonesia didesak bebaskan pemprotes yang ditahan/Foto Bernama

JAKARTA, 30 Ogos - Kumpulan Bantuan Guaman Indonesia mendesak kerajaan membebaskan 600 orang pemprotes yang ditahan ketika melakukan tunjukan perasaan yang mencetuskan keganasan baru-baru ini.

Situasi yang bertambah buruk apabila seorang penghantar makanan maut dilanggar pihak berkuasa ketika keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

Tunjuk perasaan awalnya diadakan bagi membantah beberapa isu, termasuk kadar gaji penggubal undang-undang dan pembiayaan pendidikan.

Kemarahan penunjukan perasan tidak mereda walaupun Presiden Prabowo Subianto menyeru agar orang ramai bertenang dan berjanji akan mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap insiden tersebut.

Protes sama turut mendorong beberapa sekolah terpaksa membenarkan pelajar pulang awal, selain beberapa sektor seperti bank dan perniagaan terpaksa meminta pekerja mereka bertugas dari rumah.

ASHRIQ FAHMY AHMAD