fb fb fb fb fb

Jepun - India perkukuh kerjasama, pastikan keamanan Indo-Pasifik

India-Jepun terus perkukuh hubungan diplomatik demi keamanan Indo-Pasifik/Foto Reuters

TOKYO, 30 Ogos - Jepun akan memperkukuh kerjasama dengan India bagi memastikan keamanan dan kestabilan wilayah Indo-Pasifik.

Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba ketika bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di Tokyo.

"Saya berharap kerjasama dengan Modi dapat memperkukuhkan lagi Perkongsian Strategik dan Global Khas Jepun-India,'' katanya.

Dalam pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin tersebut turut memutuskan untuk mempertingkat kerjasama berkaitan industri pertahanan dan inovasi.

Lawatan Modi ke Jepun merupakan sebahagian usaha lebih meluas untuk mengukuhkan hubungan diplomatik India dengan negara-negara maju.

Terutama, ketika New Delhi sedang berusaha untuk menstabilkan keadaan ekonomi susulan kesan daripada tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini.

AS menaikkan levi import ke atas barangan India kepada sebanyak 50%, dengan tarif 25% hukuman kerana membeli minyak Rusia.

ASHRIQ FAHMY AHMAD