fb fb fb fb fb

Kemusnahan dan kematian di Mariupol, pencabulan undang-undang antarabangsa yang serius

(FOTO AFP)

GENEVA, 17 Jun- Tahap kemusnahan dan kematian di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine menunjukkan ada bukti pencabulan undang-undang antarabangsa yang serius.

Ketua Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet berkata bahawa ketakutan yang dialami penduduk Ukraine akan meninggalkan kesan yang berkekalan, termasuk kepada generasi akan datang.

"Antara Februari dan akhir April, Mariupol yang kini dikuasai Rusia adalah tempat paling berbahaya di Ukraine," katanya, dalam kemas kini mengenai situasi di bandar pelabuhan itu.

Sebanyak 1,348 kematian orang awam direkodkan di bandar tersebut termasuk 70 kanak-kanak.


(Keadaan bandar Mariupol/AFP)

Rusia telah mengisytiharkan kemenangan, berjaya menawan bandar pelabuhan Mariupol pada Mei lalu selepas Ukraine mengarahkan pasukan terakhir tenteranya di kilang keluli Azovstal supaya meletak senjata.

Dalam tempoh tiga bulan pertempuran Rusia-Ukraine menyebabkan ratusan ribu rakyat Ukraine lari menyelamatkan diri dan menyebabkan penderitaan dan kematian.

Beliau turut mengakui bahawa angka kematian sebenar akibat pertempuran adalah lebih tinggi. -AFP

Media Baharu