fb fb fb fb fb

Kempen Ramadan Di Dubai: Masjid dihiasi cahaya berwarna-warni

Foto REUTERS

DUBAI, 27 Mac- Masjid-masjid di sekitar Dubai dihiasi dengan limpahan cahaya berwarna-warni; sebahagian daripada kempen Ramadan Di Dubai.

Ahli jawatankuasa penganjur kempen, Mahra Al-Youha berkata inisiatif itu melibatkan empat masjid di sekitar bandar Emiriah Arab Bersatu iaitu Masjid Jumeirah Grand, Masjid Al Khawaneej, Masjid Sheikh Rashid Bin Mohammed, dan Masjid Zabeel Grand.

"Kesemua masjid itu memaparkan cahaya berwarna-warni dan corak-corak yang mencerminkan warisan seni dan budaya Islam.

"Ia sebahagian daripada inisiatif sepanjang Ramadan ini," katanya kepada REUTERS.

Para jemaah dan pengunjung meluahkan kegembiraan mereka, dengan mengatakan bahawa ia meningkatkan suasana Ramadan dan memberikan gambaran tentang jiwa dan warisan Dubai kepada dunia.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM