(Penyandang presiden, Jair Bolsonaro (kanan) dan lawannya, Luiz Inacio Lula da Silva (kiri) terus
bertikam lidah menjelang pengundian pusingan kedua pilihanraya presiden Brazil/ AFP)
SAO PAULO, 10 Oktober - Penyandang presiden, Jair Bolsonaro dan lawannya, Luiz Inacio Lula da Silva terus bertikam lidah menjelang pengundian pusingan kedua pilihanraya presiden Brazil, 30 Oktober ini.
Kempen kini menjadi semakin negatif dengan kedua-dua calon membuat serangan peribadi.
Lula yang juga bekas presiden menyiarkan ucapan temuramah oleh Bolsonaro pada tahun 2016 yang menyatakannya untuk melibatkan diri dalam acara kanibal.
Video ucapan itu menjadi tular di media sosial beberapa hari ini.
Bolsonaro pula menuduh Lula sebagai pemabuk dalam satu sidang media.
(Kempen pilihanraya presiden Brazil kini menjadi semakin negatif dengan kedua-dua calon
membuat serangan peribadi/ AFP)
Menurut tinjuan pendapat oleh agensi Datafolha, Lula mendahului dalam pegundian pusingan kedua dengan 53 peratus undian berbanding 47 peratus oleh Bolsonaro.
Satu lagi tinjauan oleh institut Ipec menyatakan Lula mendahului dengan 55 peratus dan 45 peratus untuk Bolsonaro.
Agensi tinjauan pendapat dikecam oleh kem Bolsonaro kerana memandang rendah prestasinya pada pengundian pusingan pertama.
Ini selepas agensi tinjauan pendapat menyatakan bahawa Lula mendahuluinya dengan dua digit. -AFP