fb fb fb fb fb

Kempen bekerja empat hari seminggu di UK dapat sambutan menggalakkan

FOTO REUTERS

LONDON, 21 Februari- Kempen bekerja empat hari seminggu di United Kingdom mendapat sambutan baik majikan.

Kebanyakan syarikat Britain yang mencuba program bekerja selama empat hari seminggu memutuskan untuk mengekalkannya selepas projek perintis selama enam bulan itu berjaya mengekalkan produktiviti.

Pekerja di 61 syarikat di seluruh Britain bekerja secara purata 34 jam sepanjang empat hari antara Jun dan Disember 2022.

Daripada jumlah itu, 56 syarikat atau 92 peratus memilih untuk meneruskan jadual kerja seperti itu dengan 18 daripadanya secara kekal.

Menurut Autonomy, sebuah organisasi penyelidikan yang berpangkalan di Britain yang menerbitkan laporan itu menyatakan percubaan itu adalah yang terbesar di dunia, setakat ini.

Kempen itu turut mendapat kerjasama penyelidik ahli akademik di Universiti Cambridge dan Universiti Oxford serta Kolej Boston.


(FOTO REUTERS)

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Britain (TUC) mengusahakan supaya seluruh negara itu beralih kepada empat hari kerja seminggu.

Inisiatif itu disokong parti Buruh kerana produktiviti menjadi lebih tinggi, kakitangan lebih bermotivasi dan kurang masalah pekerja .

Pada tahun 2021, sebuah bank di United Kingdom iaitu Atom Bank mengumumkan mengurangkan tempoh bekerja mingguan untuk 430 kakitangannya daripada 37 jam setengah kepada hanya 34 jam sahaja.

Tahun lepas, kira-kira 100 syarikat di United Kingdom mendaftar pekerja mereka bekerja empat hari dalam seminggu tanpa pemotongan gaji.

Kira-kira 95 peratus daripada syarikat memaklumkan, produktiviti sama ada kekal sama atau semakin bertambah baik sejak melaksanakan dasar itu.

Inisiatif kerja empat hari seminggu yang disokong kerajaan juga akan diadakan di Sepanyol dan Scotland serta mendapat sambutan di beberapa negara lain.-AFP

Media Baharu