fb fb fb fb fb

Kementerian Luar Negeri kutuk lawatan menteri Israel ke penempatan haram, Psagot

Foto REUTERS

RAMALLAH,18 Disember- Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat mengutuk lawatan provokasi Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich ke penempatan Psagot, yang dibina secara haram di atas tanah Palestin di Tebing Barat, berhampiran bandar al-Bireh.

Agensi berita Palestin WAFA melaporkan, kementerian tersebut dalam kenyataan turut mengecam kenyataan dan pendirian penjajah perkauman oleh Israel termasuk menyerang dan melemparkan tuduhan terhadap Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, dalam cubaan untuk menyembunyikan rancangan dan ideologi ekstremis yang menyokong penjajahan dan pengganas.

Kementerian menganggap pencerobohan ke Tebing Barat ini sebagai pencerobohan baharu terhadap rakyat Palestin yang mendedahkan cita-cita pakatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Kementerian tersebut turut menyeru masyarakat antarabangsa dan pentadbiran A.S. untuk memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan perang terhadap rakyat Palestin dan pencerobohan, susulan keganasan yang semakin meningkat.

ROSLINA BINTI DIN