fb fb fb fb fb

Kementerian Luar Kanada kecam tindakan kejam Israel

Tangkap layar X, Kementerian Luar Kanada

OTTAWA, 17 September - Kementerian Luar Kanada pada Selasa menyifatkan serangan darat terbaharu Israel di Bandar Gaza sebagai "tidak berperikemanusiaan".

Dalam satu kenyataan di platform X, kementerian itu menegaskan tindakan tersebut hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan mengancam usaha pembebasan tebusan.

Terdahulu, Israel melancarkan serangan darat ke atas Bandar Gaza dengan mengisytiharkan 'Gaza sedang terbakar', manakala penduduk Palestin menggambarkan serangan itu sebagai pengeboman paling dahsyat sejak dua tahun perang tercetus.

Tentera rejim Zionis Israel bergerak lebih jauh memasuki bandar utama di enklaf itu, selain menambah jumlah anggota tentera.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI