fb fb fb fb fb

Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi hantar 35 juta SMS bimbing jemaah haji

Foto hiasan

MEKAH, 9 Jun- Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi telah menghantar kira-kira 35 juta mesej Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dalam pelbagai bahasa melalui semua pengendali telekomunikasi di Kerajaan Arab Saudi ke telefon bimbit jemaah haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Usaha ini merupakan sebahagian daripada rancangan kementerian untuk mempromosikan kesedaran Islam semasa musim Haji tahun ini.

Mesej-mesej ini menjelaskan tentang ritual Haji dan Umrah, memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan Elektronik Islam, serta menggalakkan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah.- BERNAMA-SPA

ROSLINA BINTI DIN