MOSCOW, Februari - Beratus-ratus bunga dan lilin diletakkan di Moscow pada Jumaat sebagai penghormatan atas kematian Alexei Navalny, pemimpin pembangkang paling terkenal di Rusia.
Perkhidmatan penjara Rusia berkata Navalny, 47 telah meniggal dunia selepas pengsan di koloni penjara Artik "Polar Wolf" pada Jumaat.
Jurucakap Navalny, Kira Yarmysh pada Sabtu mengesahkan kematiannya itu.
Di bandar Moscow, beberapa dozen bunga ros dan 'carnation' diletakkan di atas salji di monumen mangsa penindasan Soviet, yang terletak di Dataran Lubyanka.
Anggota polis diletakkan di kawasan bandar tersebut untuk mengawal keadaan.
"Kematian Navalny amat mengerikan, harapan telah musnah.
"Navalny seorang yang sangat serius, seorang yang berani dan kini dia tidak lagi bersama kami. Dia bercakap benar dan itu sangat berbahaya kerana sesetengah orang tidak menyukai kebenaran." kata Nikitin.
Di tugu peringatan 'Wall of Sorrow' di jalan yang dinamakan sempena ahli fizik dan pembangkang Soviet Andrei Sakharov, beberapa orang Rusia meletakkan bunga di sebelah gambar Navalny, ada satu mesej berbunyi "Kami tidak akan lupa."
"Saya datang kerana saya mempunyai kesedihan," kata Arkady, yang enggan memberikan nama keduanya. "Dia seorang lelaki yang saya hormati. Saya mempunyai harapan bahawa dia seorang yang boleh melakukan sesuatu pada masa hadapan."
Barat, termasuk Presiden AS Joe Biden menyalahkan Presiden Vladimir Putin atas kematian itu.
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata reaksi pemimpin Barat terhadap kematian itu tidak boleh diterima dan menyifatkan ia 'benar-benar fanatik'.
Pihak berkuasa Rusia melihat Navalny dan penyokongnya sebagai pelampau yang mempunyai kaitan dengan agensi perisikan CIA yang cuba menggugat kestabilan Rusia.
Mereka telah mengharamkan pergerakannya memaksa ramai pengikutnya melarikan diri ke luar negara. - REUTERS