fb fb fb fb fb

Kematian akibat merokok dijangka meningkat dua kali ganda

GAMBAR HIASAN

GENEVA, 10 Februari- Jumlah kematian akibat pengambilan rokok di seluruh dunia dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh lapan tahun akan datang berbanding bilangan semasa lebih 8 juta setiap tahun.

Peningakatan tersebut berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendedahkan peningkatan jumlah perokok di seluruh dunia daripada 1.3 bilion pada 2021 kepada jangkaan 1.7 bilion menjelang 2025

Data sama juga mendedahkan, lebih 8 juta orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan rokok seperti kanser paru-paru, penyakit vaskular, penyakit jantung dan masalah pernafasan.

Manakala, lebih sejuta kematian melibatkan perokok pasif atau disebabkan terdedah kepada asap rokok.

Sementara itu, kira-kira 70 ribu kanak-kanak mati sebelum umur lima tahun akibat jangkitan saluran pernafasan akibat terdedah kepada asap rokok.

Terdapat lebih satu bilion perokok aktif di seluruh dunia dan lebih daripada 80 peratus daripada mereka tinggal di negara membangun dan miskin. -AFP

Media Baharu