FOTO AFP
LYON, 10 Februari - Kesatuan Eropah (EU) terus berhati-hati walaupun gelombang COVID-19 semakin stabil.
Pesuruhjaya Kesihatan, Stella Kyriakides berkata dalam tempoh tujuh hingga lapan minggu kebelakangan ini, jumlah kes kematian dan kemasukan ke hospital di benua itu mulai menurun.
"Kami melihat dalam tempoh tujuh tingga lapan minggu penurunan jumlah kematian dan kemasukan ke hospital. Malah melihat jangkitan varian Omicron di beberapa buah negara anggota telah mencapai kemuncak penularan," katanya semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Kesihatan dan Menteri Luar EU di Lyon, Perancis.
Pertemuan julung kali itu diadakan bagi membincangkan tindakan bersama Eropah dalam menangani wabak COVID-19.
Termasuk bantuan kepada negara-negara miskin terutama di Afrika.-AFP