fb fb fb fb fb

Indonesia pembeli kedua jet pejuang Rafale

FOTO AGENSI

PERANCIS, 10 Februari- Indonesia menjadi pembeli kedua jet pejuang Rafale buatan Perancis, selepas India.

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly dalam ciapan di Twitternya.

Indonesia katanya, secara rasmi telah bersetuju mengenai pembelian 42 jet pejuang Rafale dan tempahan telah dibuat.

Parly berkata, pembelian tersebut sebahagian perkongsian strategik bagi mendapatkan manfaat daripada hubungan pertahanan kedua-dua negara.

Menurutnya, Perancis berbangga untuk menyumbang kepada pemodenan angkatan bersenjata Indonesia yang memainkan peranan penting dalam ASEAN dan rantau Indo-Pasifik.

Difahamkan, Indonesia juga akan mepertingkatkan kerjasama dengan Perancis dalam bidang pertahanan kapal selam.

Menurut AFP, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto telah menandatangani kontrak dengan pihak Perancis untuk pengambilalihan enam jet Rafale pertama, manakala 36 yang lain akan diperolehi kemudian. -AFP


Media Baharu