fb fb fb fb fb

Tunjuk perasaan di India bantah larangan berhijab

FOTO AP

KARNATAKA, 10 Februari- Susulan larangan berhijab oleh beberapa institusi pendidikan di selatan Karnataka, India, satu tunjuk perasaan diadakan di seluruh negara itu, semalam.

Peserta yang kebanyakannya wanita bertindak membantah larangan tersebut sambil menyuarakan hak mereka berhijab.

Di New Delhi, penunjuk perasaan berkumpul di Shaheen Bagh dan berarak menyatakan bantahan.

Sebahagian besar membawa plakat, "Hijab adalah hak kami, ianya bukan sekadar kain. Ia adalah maruah dan kebanggaan kami".

Sementara itu di Hyderabad, ratusan wanita berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada pelajar wanita yang dilarang memasuki kolej di Karnataka.

Media tempatan melaporkan beberapa kolej di Karnataka mengenakan larangan tersebut dengan menyatakan ia adalah arahan Kementerian Pendidikan. -AFP

Media Baharu