SEPANYOL, 30 Oktober– Sekurang-kurangnya 62 maut akibat banjir besar melanda wilayah timur Valencia. Hujan lebat menyebabkan jalan raya dan bandar lumpuh ditenggelami banjir.
Menurut Pihak Berkuasa Tempatan, anggota penyelamat terpaksa menggunakan bot bagi menyelamatkan pemduduk yang teruk terjejas, terutamanya di bandar Utiel.
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, menerusi ucapanya di televisyen meluahkan rasa simpati terhadap seluruh warga Valencia.
“Bagi mereka yang pada masa ini masih mencari ahli keluarga yang hilang, seluruh Sepanyol bersimpati dengan nasib anda.
“Bagi kampung dan bandar yang musnah akibat tragedi ini, kami akan membina semula infrastruktur di kawasan anda, khususnya jalan raya dan jambatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemimpin Valencia, Carlos Mazon memaklumkan banjir di wilayah itu ketika ini belum surut, ramai penduduk masih terputus hubungan.
"Jika perkhidmatan kecemasan belum tiba, ia bukan disebabkan kekurangan cara penyelesaian atau kecenderungan, tetapi masalah akses," kata Mazon pada sidang media di sini.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak mengambil risiko meredah jalan yang banjir untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku./Reuters