RIO DE JANEIRO, 7 November - Lebih 420,000 kanak-kanak di lembangan Amazon terjejas teruk akibat kemarau yang melanda sebahagian besar Amerika Selatan, sekaligus memberi kesan kepada bekalan air dan pengangkutan sungai.
Menurut ketua UNICEF, Catherine Russell, bencana tersebut telah menjejaskan komuniti Orang Asli dan lain-lain di Brazil, Colombia serta Peru, yang bergantung kepada perkhidmatan bot.
"Kami menyaksikan kemusnahan ekosistem penting yang bergantung kepada keluarga, menyebabkan ramai kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada makanan, air, penjagaan kesihatan dan sekolah yang mencukupi," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas UNICEF, sumber makanan yang berkurangan telah meningkatkan risiko kekurangan zat makanan terhadap kanak-kanak, juga kekurangan bekalan air minuman nenyebabkan peningkatan penyakit berjangkit.
Keadaan itu memaksa banyak sekolah dan klinik ditutup atas faktor paras air sungai yang rendah dan kekurangan air minuman serta makanan.
UNICEF memaklumkan, mereka memerlukan $10 juta bagi membantu ketiga-tiga negara itu untuk menghantar bekalan air dan khidmat kesihatan. - AFP